Monday, July 9, 2018

Menonton wayang di TGV Family Friendly Hall

Ahad lepas, saya berpeluang membawa anak-anak menonton wayang cerita Mr Incredibles 2 di TGV Mines.





Pada mulanya agak risau jugak untuk membawa 3 orang anak sendirian tanpa suami. Namun sebab dah berjanji dengan Hanis , so gigih la jugak.

Kami bergerak dari Sendayan pukul 9.30pagi. Lambat juga masing-masing nak bersiap sebab malam sebelum tu semua tidur lambat. Sampai di parking Mines, masih banyak kosong. Saya dapat parking betul-betul depan pintu. 

Masa tu tak banyak kedai yang buka lagi. So option yang ada untuk sarapan pun tak banyak. Hanis yang beria tak bagi singgah mana-mana untuk sarapan , nak makan di Mines. 

Jam 10.55, kami naik ke TGV. Ada 4 orang sedang beratur dihadapan saya. Bila sampai di kaunter baru tahu yang saya boleh terus masuk je sebenarnya sebab dah booking tiket.. 

Siapa suruh dah baca email betul-betul, kan dah buang masa.. hahaha





Beli popcorn & air , so kami pun masuk ke Hall 2. Actually untuk Family Friendly Hall ni takde beza sangat dengan Hall lain, cuma Hall tak gelap sepenuhnya .. lampu di tepi dinding dibiarkan terpasang. 

Hanis yang sebelum ini takut ke wayang sebab takut gelap, nampak lebih yakin bila nampak lampu terpasang.

Di sudut belakang hall pula ada disediakan changing table untuk kemudahan ibu menukar lampin bayi.

Kami sebenarnya dah bawa jaket dan pashmina, tapi sampai habis movie pun tak guna. Sebab tak sejuk sangat macam selalu. Eh, ke sekarang semua sama.. entahlah. Saya pun dah dekat setahun tak tengok wayang.

Sepanjang menonton, tiada siapa boleh melarang kanak-kanak untuk bercakap. So saya tak perlu “shhhh” pada Hanna yang banyak bertanya. 

Jalan cerita  Mr Incredibles 2 ni agak kurang aksi pada permulaan hingga pertengahan cerita, sehinggakan Hanis Hanna dah bangun nak berjalan-jalan. Actually nampak budak-budak lain pun dah mula bosan. 

Beberapa kali Hanis minta untuk pergi ke depan dan belakang. Tapi disebabkan kami duduk di tengah row dan ada orang lain di kiri dan kanan, so saya minta Hanis supaya duduk dan ingat semula tujuan datang ke wayang. Kalau nak berjalan dan bermain, lebih baik tengok tv di rumah je.

Harga tiket pula bagi saya agak murah, cuma RM10 untuk Dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak bawah umur 3 tahun , percuma je.





Untuk mengetahui jadual waktu tayangan untuk Family Friendly movies ni, rujuk di laman web TGV. Setiap minggu cuma ada 1 atau 2 slot sahaja. 

Dan sebab itulah juga saya terpaksa ke Mines.. hehe 
Di TGV seremban2, tayangan cerita Mr Incredibles ( Family Friendly ) cuma ada pada hari Sabtu. Dan minggu depan pulak dah tukar cerita lain.. so, dah terlepas la kiranya.

So basically dengan adanya Family Friendly Hall ni, parents boleh menonton wayang dengan anak-anak tanpa risau kena marah dengan orang lain sebab anak buat bising atau bosan. 





Sesuai juga untuk dijadikan rewards untuk anak-anak atau aktiviti bersama keluarga tanpa meninggalkan anak kecil.

Selamat menonton!




About Fadh Yunus

Pellentesque penatibus, sed rutrum viverra quisque pede, mauris commodo sodales enim porttitor. Magna convallis mi mollis, neque nostra mi vel volutpat lacinia, vitae blandit est, bibendum vel ut. Congue ultricies, libero velit amet magna erat. Orci in, eleifend venenatis lacus.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment