Terima kasih kerana membaca blog mamamyraslove
Saya Nur Fadhilah, pemilik dan penulis blog ini. Mamamyraslove adalah tempat saya bercerita, berkongsi kisah dan pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama pembaca.
Saya berasal dari Ipoh, Perak dan kini menetap di Sendayan, Negeri Sembilan . Graduan Ijazah Teknologi Maklumat dari Uniten dan memulakan kerjaya di ExxonMobil sebagai IT Analyst. Setelah hampir 7 tahun bekerja, dan di atas beberapa sebab kesihatan dan keperluan keluarga, saya mengambil keputusan untuk mengubah profesion sebagai suri rumah berpendapatan.
Sebagai seorang ibu, saya mengambil berat mengenai kesihatan dan pemakanan ahli keluarga. Saya bukan Nutritionist. Namun saya berusaha untuk hadir ke bengkel Nutrisi, ceramah nutrisi setiap bulan bagi memudahkan saya membantu lebih ramai orang. Saya kongsikan pengalaman dan pengetahuan melalui blog dan FB.
Mengapa saya buat begini? Hanya 1 sebab.. saya seronok dapat membantu orang. Saya seronok melihat rakan-rakan dan keluarga saya makin sihat.
Jika anda sedang mengalami sebarang masalah kesihatan dan berhasrat untuk mencuba Shaklee, hubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba untuk membantu. Sebagai seorang Pengedar Sah Shaklee, saya bertanggungjawab memberikan konsultasi cara pengambilan yang efektif dan tips-tips lain.
Certified SID |
Pengasas Empayar Dazzling Stars
Magic Stars adalah support group terulung yang saya asaskan bagi membantu ramai usahawan Shaklee. Dazzling Stars merupakan sub group bagi Mumtaz - Rich Family by Master Lydzar - iReach by Master Lyna Noh dan Jutawan by Master Cery.Ramai SID yang merasa cemburu dengan support group di bawah iReach kerana banyak aktitivi dan event khas eksklusif untuk kami semua. Jom bersama saya untuk menjana pendapatan dari rumah.
Bagaimana saya bermula dengan Shaklee ?
Saya mula mencuba Set Penyusuan Shaklee pada tahun 2012 dan kemudian mendaftar sebagai ahli pada tahun 2013 setelah merasa kebaikannya kepada diri saya dan anak saya Hanis Ameera.
Saya berjaya mengekalkan penghasilan susu semasa bulan puasa walaupun tidak meningkat. Sebelum itu, saya pernah diuji dengan kehilangan lebih dari 500oz EBM dalam sekelip mata. Namun dengan bantuan vitamin dan usaha saya untuk mengumpul semula stok EBM, Alhamdulillah freezer saya penuh semula.
Hari demi hari, satu demi satu perubahan tahap kesihatan yang saya lihat pada diri saya dan keluarga.
Seterusnya selepas melahirkan anak kedua, dan merasai pengalaman melahirkan dan berpantang yang sangat berbeza, terus saya mengambil keputusan untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan lebih ramai orang dan membantu mereka untuk lebih sihat.
Daripada diri sendiri, anak-anak, rakan-rakan ,ibu, adik dan kini suami dan keluarga mertua merasai kebaikan vitamin yang diambil. Kerunsingan susu kurang, HB rendah semasa hamil, sukar hamil,Masalah kulit, kolesterol tinggi, masalah keputihan, eczema, turunkan berat dan macam-macam lagi.
Jimat bersama Shaklee
Daftar keahlian bersama saya untuk mendapatkan penjimatan sehingga 30% dan lebih lagi dengan promosi bulanan dari Shaklee.Anda juga akan mendapat konsultasi percuma selagi mana anda menggunakan Shaklee.
Jom!
Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
0 comments:
Post a Comment