Sunday, December 20, 2015

Yuran Brainy Bunch 2016

Mahal ke yuran tadika Brainy Bunch yang gah dengan namanya BrainyBunch International Montessory? Tahap antarabangsa dah tu namanya kan? Bagi kita golongan sederhana pastinya rasa takut dan langsung tak nak masukkan Brainy Bunch ni dalam senarai pendek tadika untuk anak-anak..

Usah risau, dulu saya fikir macam tu jugak.. siap masa kat opis dulu , bila seorang supervisor tu bagi tau anak dia masuk Brainy Bunch, kawan-kawan lain ni trus buat ayat kagum. " Wooo! Brainy Bunch.. power aahh ko! Anak aku tadika biasa-biasa dekat umah je.. "

Ehem.. jika di KL atau lembah kelang, tadika biasa-biasa tu pun kebanyakannya yuran mencecah 300 ringgit juga. So, nanti boleh buat kira-kira semula ye... 

Bagi saya, kelebihan Brainy Bunch ni ada beberapa berbanding dengan yang lain..

1. Menggunakan kaedah montessori.
2. English Medium.
3. Islamic education. 
4. Bukan franchise. Segala yuran dibayar terus kepada akaun HQ Brainy Bunch, guru-guru dilatih dan terlatih mengikut standard yang sama. Kalau ada problem atau komplen pun boleh terus direct pada HQ.
5. Sistem yang tersusun dan sistematik
5. Makanan yang disediakan halal dan disediakan sendiri oleh chef

Ada banyak tadika lain yang juga mempunyai 2-3 kelebihan yang sama, namun saya belum jumpa tadika yang mempunyai yang mempunyai kesemua kelebihan ini. Kalau ada mohon share juga ye..



Ok, untuk yuran @ Fee Structure untuk tadika Brainy Bunch di seluruh Malaysia, boleh rujuk gambar kat bawah. Basically lebih kurang sama je dengan yuran tahun lepas. Cuma ada tambahan Monthly Donation untuk Tabung Kemanusiaan Syria dan Gaza. Itu pun termasuk dalam kategori optional.

Tak kira samada anak kita tu kategori playhouse ( 2-3 tahun) atau preschool ( 4-6 tahun) , yurannya sama je tau. 

Yuran Brainy Bunch International Montessory 2016
Jom kira yuran yang wajib dulu.. untuk dibayar semasa pendaftaran

Annual Registration : RM600 
Yuran Bulanan : RM330 ( Regular Program) di Type B Campus
Material ( Term 1) : RM370
Little Scientist ( Term 1) : RM150 

Jumlah : RM1450

Kalau anak korang baru nak register BBIM, kena la beli baju kan.. Beg tu takyah la, guna je beg yang ada atau beli la ikut design yang anak-anak suka.

Gala Uniform : RM50
Sports Uniform : RM50

 Jumlah : RM1550

Untuk yuran aktiviti lain, bila nak join nanti baru bayar pun ok..Macam tahun 2015 ni, Hanis cuma join sukan, field trip dan graduation je. Hanna pulak, sebabkan dia enroll dah tengah tahun.. so dia cuma join graduation day je.. Field trip hanya untuk anak-anak 4,5 dan 6 tahun.

Dan jika korang rasa nak bagi anak-anak join taekwondo ataupun belajar Mandarin ( tak semua kampus ada ni), boleh la bayar yuran tambahan tu.

Hari tu masa saya berbincang dengan Branch Manager Kampus Seremban 2, baru saya tahu yang bagi student yang dalam program Star dan Full Day, tak perlu bayar lebih untuk taekwondo. kiranya dah include sekali la.

Apa beza Regular, Star dan Full Day Programme?


Regular : 8 pagi - 12 tengah hari ( morning snack)
Star : 8 pagi -3 petang ( morning snack, lunch)
Full Day : 8 pagi - 6.30 petang ( morning snack, lunch, tak sure ada minum ptg ke tak)

Jika korang pilih untuk program Star atau Full Day, boleh je hantar anak-anak seawal 7.30 pagi.

Untuk detail aktiviti sepanjang hari, eloklah berbincang face-to-face dengan branch manager di kampus terdekat.

Apa beza Type A dan Type B


Sejujurnya saya sendiri pun tak pasti.. haha.. asyik lupa je nak tanya apa beza 2 ni. Cuma yang pernah diberitahu, Type A ni kategori Elite. Apa maksud elite tu saya tak sure.  

Update: Type A atau B tu dikelaskan mengikut kadar sewa tempat tersebut.
Maka, sebenarnya tak betul la yang dikatakan kampus elite tu ye.  

Dulu saya ingatkan kalau type A tu lot rumah, type B tu lot kedai.. rupanya salah.. hehe

Tahun 2015, Hanis dan Hanna belajar di kampus Pandan Indah. Dari pemerhatian saya, diorang ni memang suka sangat pergi school. Banyak aktiviti kot.. tu yang best. Kawan-kawan pun ramai.

Untuk tahun depan, InsyaAllah diorang akan sambung lagi di BBIM namun di kampus Seremban 2.
Dulu kampus Seremban 2 ni kat lot kedai, dalam cuti sekolah ni baru berpindah ke Saujana Tropika, S2 Heights. Kalau korang lalu kat jalan  dari tol Seremban menghala ke Sendayan / Enstek , boleh nampak je rumah warna kuning ni kat atas bukit tepi jalan belah kiri. Lepas tu pandai-pandai la guna sense of direction untuk ke sana ye.. haha. Sori sori.. ikut je signboard Saujana Tropika, lepas tu rasanya senang je nak cari.


Lokasi baru Kampus Brainy Bunch Seremban 2


Diharapkan dengan sedikit penjelasan ni, lebih mudah untuk korang buat pertimbangan ye..
Kalau dah nekad nak pilih Brainy Bunch sebagai tadika  untuk anak korang, cepat-cepat telefon kampus terdekat tu ye. Sebab saya dengar ada yang dah full..

Ok bai!~

Feel free to share with your friends and families ya~

-Mamamyras-



Read More